SELAMAT DATANG BLOG SK TEMELONG

SEJARAH SEKOLAH

SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN TEMELONG

Mengikut cerita lisan yang disampaikan oleh penduduk setempat, bahawa sekolah ini telah didirikan secara gotong royong di satu kawasan yang berhampiran dengan sebuah masjid di Kampung Temelong. Hasil daripada kajian yang dibuat adalah dipercayai sekolah ini diasaskan oleh Haji Malim yang berasal dari Penaga, Kepala Batas, Pulau Pinang. Bangunan ini didirikan berhampiran dengan sungai Perak tidak jauh dari rumah Ketua Kampung Temelong ketika itu.

            Sekolah ini dinamakan Sekolah Kebangsaan Temelong, Mengambil sempena nama Kampung Temelong tersebut yang mengikut cerita asalnya daripada perkataan “Tolong-Menolong”yang membawa erti bekerjasama atau gotong-royong.

           Dengan pertambahan bilangan murid hasil pertambahan penduduk yang datang berhijrah ke Kampung ini, pada 11.8.1917 pihak kerajaan telah membina sebuah bangunan Sekolah baru. Bangunan ini didirikan di atas sebidang tanah simpanan Kerajaan Negeri Perak Gazztte No. 1193/27-24,seluas satu hektar. Kawasan Sekolah ini terletak di atas bukit kecil berhadapan dengan kawasan sawah padi.

           Semenjak tahun 1940 hingga 2016 , seramai 19 orang guru besar telah bertugas di sekolah ini


SENARAI NAMA GURU BESAR SK TEMELONG
1945-1949 En. Muhammad bin Abdullah
1950-1955 Tuan Hj.Jaafar bin Pandak
1956-1957 En. Muhammad bin Abdullah
1958-1960 En. Abu Bakar bin Dollah
1961-1962 En. Said bin Abdul
1963-1974 En. Tajuddin bin Embong
1974-1976 En. Abdullah bin Pandak
1977-1977 En. Razali bin Adil
1978-1978 Encik Umar bin Ismail
1979-1985 Tuan Hj. Kamaruddin bin Baharum
1986-1986 Encik Mohd Nor b. Muhammad
1987-1989 Puan Rahmah binti Che Teh
1989-1995 Tuan Sajri bin Mat Dom
1996-1998 Puan Puziah Ani Binti Mansor
1998-2001 En. Ab. Rahaman bin Ahmad
2001-2005 Puan Khadijah Binti Kassim
2005-2010 En. Zainal Puat b. Kamarruzaman
2010-1014 En. Mohd Tajuddin B. Ibrahim
2015-2015 En. Mohd Nizam B. Abu Bakar
2016-KINI En. Mohd Reduan B. Amir Hamzah

Pada 11.1.1953 sebuah lagi bangunan tambahan separuh kekal telah didirikan yang mengandungi dua bilik darjah bagi menampung bilangan murid yang semakin bertambah kelas pengajian ketika itu dari Darjah Satu hingga Darjah lima sahaja. Murid yang melanjutkan pelajaran ke Darjah Enam ditempatkan di Sekolah Melayu Lenggong, yang terletak kira-kira lima kilometer dari kampung ini. Pada tahun 1964 Kelas Darjah Enam diadakan menyebabkan murid-murid tidak perlu lagi bersekolah di Sekolah Kebangsaan Lenggong.

Pada tahun 1968, sebuah lagi bangunan didirikan bagi menampung enam kelas yang ada di sekolah ini menjadikan ketiga bangunan semuanya. Semua bilik digunakan dari Darjah Satu hingga Darjah Enam.

Sebuah rumah guru dibina untuk memberi kemudahan kepada guru tinggal di situ. Walau bagaimanapun rumah guru itu kemudiannnya menjadi Pejabat dan Pusat Sumber Sekolah setelah tidak didiami oleh guru.

Sehingga kini, beberapa kemudahan asas yang meliputi bekalan elektrik, bekalan air bersih, kantin, tandas murid dan jalan masuk ke sekolah yang berturap, padang bola sepak disediakan untuk aktiviti ko kurikulum. Tetapi guru masih menumpang ruangan kantin sebagai Bilik Guru.

Pada tahun 1998,sebuah bangunan lagi dibina. Bangunan ini digunakan sebagai Bilik Guru yang selama ini menumpang ruangan kantin. Pada Tahun 2004, bangunan ini dijadikan Dewan SK Temelong sehingga kini.

Pada tahun 2001, bangunan yang telah dijadikan Pejabat telah dirobohkan untuk dijadikan Tempat letak kereta. Bangunan Empat Tingkat telah didirikan oleh Kerajaan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia, Projek RMK 8 di atas Padang Sekolah. Bangunan  Empat tingkat mempunyai 6 buah kelas, pejabat, surau, bilik guru, bilik gerakan, Pusat Sumber Sekolah, Bilik Muzik, Bilik sains, tandas dan stor sukan. Bangunan ini diserahkan kepada sekolah pada bulan Januari 2004.

Pada tahun 2001, sebuah lagi makmal komputer didirikan. Bangunan ini diserahkan pada bulan september 2005. Peralatan diterima pada bulan November 2005.

No comments:

Post a Comment